erisyanatasya October 2nd Female Terengganu Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah.... ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...
AMALAN JADI SIA-SIA,TIDAK BERNILAI DI SISI ALLAH MALAH KITA DIAJAR INGAT KEJAHATAN SENDIRI
Pesanan dan nasihat Luqman al-hakim kpd anknya:
"Wahai anakku,hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang.
Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang"
Perhalusi Pesanan Luqman Di atas:
1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita.Apabila kita ingat kebaikan orang,kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.
2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan.Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.
3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan.Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan,kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.
Ditakuti nanti,apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang lakukan,menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.
Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud:" orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api".
Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit.Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.
4.Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.Sebagai manusia,memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.
Bagaimanapun,agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka.Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain,kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.
Sabda Rasulullah S.a.w bermaksud:"orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang yang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya".
Lupakan kejahatan orang terhadap kita.Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita,malah menjadikan hidup kita tidak ceria.Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.
C =cubit kiri, kanan rasa. I =impian indah ibarat syurga. N =nikah impian utama. T =taat setia membawa bahagia. A =awal dan akhir bersama-sama (
selepas kahwin)( selepas kahwin )
C = cuka yang dituang pada luka. I = iblis yang merosak minda. N = nafsu semata-mata. T = tuba yang dibalas semula. A = api dalam neraka.
(
KASIH
(sebelum kahwin )
K kongsi semua suka duka. A abang adik, ayang anja. S sumpah janji di bibir sentiasa. I istana bahagia dah dicipta. H hatiku hatimu jua.
( selepas Kahwin )
selepas kahwin) K kaki tangan naik kat kepala. A abuk pun tara, nak makan apa?? S simpati langsung tak ada. I ironi membakar jiwa. H hidup mati sama je.
SAYANG
( sebelum kahwin ) (sebelum kahwin) S sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! A asal free mesti nak jumpa. Y you lap me, I lap you! A apa saja sanggup diduga. N nak itu, nak ini... mesti dapat. G gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
( selepas kahwin )
(selepas kahwin) S salah sikit kiamat dunia. A air tak sedap, basahlah mata. Y yang betul dia je. A ada takde, bagi anak reti la. N nak dilawan, digelar derhaka. G gaduh sampai lebam.
HATI
( sebelum kahwin ) H hanya dikau yang daku cinta. A air paip pun manis macam gula. T tak jumpa sehari boleh jadi gila. I igauan indah tak terkira.
( selepas kahwin )
H hantu jembalang lagi sempurna. A air mata jadi teman setia. T tempat mengadu dah tak ada. I ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana? tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah) N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat A-Akad dilafaz cinta berbunga S-Suami disanjung-tinggi I- Isteri disayangi H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami A-Ada masalah, dibincangkan bersama Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul A-Amalkan hidup bertoleransi N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh T-Tanggung-jawab dipikul bersama I- Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain. _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain. 2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa). 3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita. 4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan. 5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang. 6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita. 7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain. 8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita. 9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita. 10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati. 11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt. 12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia. 13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian. 14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia. 15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain. 16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan- lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis
Kasih sayang mengikut bulan lahir........ -Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati. - Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja ------------------------------------------------------------------
Febuari - Sukar untuk jatuh cinta . - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) . - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. ---------------------------------------------------- Mac - Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati. - Sangat baik dalam menjaga perhubungan. - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Perasaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. ----------------------------------------------------- April - Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik. - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. ----------------------------------------------------------
Mei - Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) . - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. ---------------------------------------------- Jun - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hati pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. -------------------------------------------- Julai - Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. ------------------------------------------------- Ogos - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sangat sensitif . - Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan. -------------------------------------------------- September - Bersopan dalam hubungan. - bertolak ansur terhadap pasangan. - Suka mengkritik pasangan. - Sangat prihatin terhadap pasangan. - Sangat sensitif dan emosi. - Pandai memahami pasangan. - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan. - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan. - Pandai menyimpan perasaan. - Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya. ------------------------------------------------------ Oktober - Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. ---------------------------------------------- November - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Agak degil dan kuat pendirian. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Emosi yang mendalam. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. --------------------------------------------------- Disember - Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci bila dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan.